Kamis, 25 Juli 2013

Entri Berkualiti dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi


Selepas melawat Blog Brother Hanif Idrus... Dari entri terbaru beliau telah membuatkan saya ingin melihat seketika akaun Google Web Master untuk blog Relaks Minda.

google webmaster

Maka disitu terlihatlah pula satu important message dari Google.
Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi

Tak sangka pula mendapat satu mesej informasi dan panduan dari Google mengenai satu entri Relaks Minda yang mendapat peningkatan trafik yang ketara dan berterusan. Barulah saya tahu, selain daripada mendapat informasi tentang ' crawl error' rupanya Google juga memberi informasi berguna tentang entri popular anda. 

Lihat entri tersebut di SINI

Register dengan Google Webmaster penting untuk Google mengenal pasti blog dan entri anda untuk di letakkan di dalam enjin carian. Oleh itu anda perlu ada sitemap agar Google dapat mengesan semua entri anda dengan mudah. 

Daripada mesej tersebut maka lihat pula jumlah post view untuk Blog Relaks Minda.

Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi
Carta post view dalam satu hari  

Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi
Carta post view dalam satu bulan 

Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi
Carta post view dari mula blog hingga sekarang 

Sudah terang lagi bersuluh... jelas sekali entri popular di blog Relaks Minda semuanya berkaitan Label Creative dan Label Kitar Semula. Entri bertajuk Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu menjadi juara carta post yang paling popular setakat ini. 

Ini jelas di buktikan dengan perkataan carian utama untuk bulan ini
Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi

Melihat kepada semua ini...anda boleh menilai keberkesanan entri anda dalam enjin carian. Anda boleh cuba semua keyword tersebut dan anda pasti melihat entri Blog Relaks Minda pasti berada di bahagian atas carian. Entri yang berkaitan ilmu dan panduan pasti menjadi carian sepanjang masa. Tidak semestinya membuat entri berkaitan isu hangat semasa atau isu bermusim untuk meningkatkan trafik anda.  

Perlu bijak mencari topik yang berbeza tapi ianya relevan sepanjang masa. Jika blog ini masih wujud lagi untuk tahun-tahun mendatang...saya yakin, keyword dan entri berkaitan kitar semula akan kekal menjadi carian tertinggi di Blog ini.

Oleh itu untuk menjadikan blog anda berjaya dan di kunjungi oleh ramai pengunjung anda perlu ada ilmu dalam dunia blogging ini. Teknik-teknik membuat entri yang berkualiti dan penampilan yang mesra pengunjung serta enjin carian perlulah anda ketahui. Cara mudah dan percuma... pergilah ke Blog Oh Blogger. Godek2lah ilmu di dalamnya dan beramah mesralah dengan tuan tanah yang sangat pemurah dan baik hati itu.

Saya pun bermula dari kosong... pelbagai ilmu yang ada di internet ini, terlalu luas dan banyak! Gunakanlah ia dan terpulang kepada kita sama ada mahu atau tidak untuk mencari dan mendapatnya. 

Kenapa perlu trafik yang tinggi? Saya tahu ianya sering menjadi perkara yang kurang penting bagi anda, tapi ketahuilah...setiap kebaikan, ilmu, panduan, pedoman, nasihat, teknik, tips dan sebagainya yang anda kongsi...ianya merupakan sesuatu yang amat bernilai ! Ianya adalah satu amal jariah yang berterusan selagi mana ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada pembaca.Tidakkah ianya merugikan jika hanya segelintir sahaja yang mengetahui dan mendapat manfaat darinya? Kalau begitulah, Anda memang kedekut!

Jika anda mempunyai ilmu...jangan disimpan dan di kongsi kepada segelintir orang sahaja. Sampaikan dan kongsikanlah ia untuk kebaikan dan keuntungan anda dan semua orang! Seramai yang boleh!

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar