Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Sudah lama rasanya tidak menerbitkan entri kreativiti kitar semula. Masih ada lagi yang berminat? Janganlah begitu... tanamkanlah minat anda dengan aktiviti kitar semula ini. Ianya bukan sahaja untuk kebaikan dan keuntungan diri sendiri, malah untuk semua makhluk sejagat dan demi masa depan generasi akan datang.
Kitar Semula Demi Masa Depan
Sumbangan kecil anda memberi impak yang sangat besar. Sehelai kertas yang anda kitar semula menyelamatkan sumbernya iaitu sebatang pokok.Bukan bermakna sebatang pokok untuk membuat sehelai kertas tapi walaupun sehelai kertas yang ingin di hasilkan...pasti sebatang pokok jua akan di tebang.
Fikirkan juga nasib generasi akan datang...anak cucu kita. Sempatkah mereka menikmati apa yang kita nikmati hari ini. Hutan yang menghijau. Laut dan langit yang membiru. Sungai yang mengalir jernih. Tasik yang damaikan. Udara yang segar dan nyaman. Sedangkan kita di timpa bencana jerebu seketika pun sudah tidak selesa dan menderita.
Kaedah kitar semula boleh kita lakukan dengan 3 cara iaitu Reuse, Reduce & Recycle... anda boleh ikutinya di SINI tapi sebelum itu anda harus kenal apa itu kitar semula dan anda boleh memahaminya di SINI.
Idea Kreatif Kitar Semula
Melalui entri ini, saya hanya ingin fokuskan kepada anda tentang kreativiti kitar semula. Hasil idea kreatif yang mengunakan bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu yang berguna dan bernilai. Anda saksikan sendiri daya kreativiti ini dan anda juga boleh cuba hasil kreativiti kitar semula ini jika anda berminat atau ianya dapat memberi ilham buat anda. Jom! kita kitar semula...
Tayar terbuang boleh di jadikan pokok hiasan di taman mahu pun halaman anda.
Tahan lama dan menarik hasilnya.
Satu lagi cara menggunakan tayar terbuang untuk dijadikan pasu yang
amat unik dan kreatif sekali. Kreativiti kitar semula yang sungguh menarik!
Pintu kayu anda sudah buruk? Mahu diganti dengan yang baru...
Yang lama jangan di buang, jadikan ia meja pelbagai guna di stor atau di garaj anda.
Jimat belanja anda untuk sebuah kabinet baru.
Daun tingkap lama di kampung yang sudah tidak digunakan lagi juga boleh digunakan
semula untuk dijadikan sesuatu yang unik dan menarik. Pasti ianya menggoda
setiap mata yang memandang.
Basikal tua...sudah tidak boleh digunakan lagi. Terbiar lapuk menanti masa untuk mereput.
Hendak di jual sayang...nak disimpan tak tahu nak letak mana.
Gunakan idea kreatif ini... Sesiapa saja pasti menoleh, tertawan dengan kreativiti anda.
Idea kitar semula yang sungguh mempersonakan.
Papan skate board yang sudah usang tapi masih kukuh.
Tidak lagi mampu meluncur...tapi ianya masih boleh dijadikan buaian anggun
untuk anak anda.
Ini adalah hasil kreativiti kitar semula yang sungguh tinggi nilai seni dan artistiknya.
Jika anda mampu membuatnya...pasti terpegun setiap mata yang memandang.
Kerusi ini hanya untuk kanak-kanak. Ringan dan mudah dibawa kemana
sahaja. Sesuai untuk aktiviti di sekolah dalam membudayakan kitar semula
kepada kanak-kanak.
Kitar semula bekas gelung kertas menjadi hiasan dinding yang anggun bergaya.
Boleh di jual hasilnya. Bertambah menarik jika di buat dengan bingkai.
Kreativiti kitar semula yang mudah, murah tapi cantik dan bernilai hasilnya.
Rak bergaya ini pasti menyerikan dinding anda.
Mudah sekali membuatnya. Hanya potong dan gantung.di dinding.
Kitar Semula Keuntungan Bersama
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah... Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Pallet Kayu Terbuang
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar