Senin, 08 Juli 2013

Majlis Jamuan di Relaks Minda... Selamat Datang Ramadhan!


Majlis Jamuan
Nasi Ambeng
Assalamualaikum... Selamat kembali ke rutin harian setelah menempuh hari minggu yang indah dan bahagia disamping insan-insan tersayang.

Mungkin hari minggu anda juga penuh dengan majlis sama ada majlis perkahwinan, tahlil, doa selamat, bertunang, aqiqah dan sebagainya. Maklumlah minggu ini minggu terakhir sebelum Ramadhan bermula. (gambar - nasi ambeng)

Mungkin ada juga yang sibuk membeli belah membeli persiapan untuk Ramadhan dan Hari Raya. Maklumlah ada yang tidak mahu menunggu saat akhir untuk menyediakan kelengkapan. 

Di dalam blog pun apa kurangnya...ramai yang mengeluarkan entri berkaitan Ramadhan. Saya juga tidak ingin ketinggalan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap mahu pun mengguris hati melalui entri atau komen. Maklumlah...dalam hati siapalah yang tahu, apatah lagi  langsung tidak pernah bersua. 

Jangan risau pula...anda semua tiada salah apa pun dengan saya, malah kehadiran dan komen  anda amat menggembirakan dan amat saya hargai. Kosong...kosong ye...

Semoga menjelang Ramadhan kali ini kita dalam keadaan yang bersih, tenang dan bersedia untuk mengharungi bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita ucapkan syukur dan berdoa kehadrat Ilahi semoga dunia blogger ini menjadi satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim dan berkongsi ilmu serta perkara yang baik untuk manfaat dan kebaikan bersama. 

Mari kita sama-sama berdoa agar apa yang kita kongsikan dan sampaikan ini membawa kepada kebaikan, memberi ilmu yang berguna dan menjadi amal jariah berpanjangan untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Mulakan dengan Al-Fatihah
al-fatihah

Ya..Allah ya tuhan ku, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Ya..Allah ya.. tuhan ku Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, Kami bermohon ampun kepada mu ya Allah. Ampunlah dosa kami, ibu bapa kami, isteri/suami kami, ibu bapa mertua kami, anak-anak kami, datuk dan nenek, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat dan teman, jiran-jiran, guru-guru kami dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.

Ya Allah ya... tuhanku Yang Maha Pemurah... kau murahkanlah rezeki kami, panjangkan umur kami, berilah kesihatan yang berpanjangan dan lindungkanlah hidup kami sekeluarga dari segala mala petaka dan godaan yang menyesatkan di akhir zaman ini. Sesungguhnya kami terlalu lemah, hanya pada mu tempat kami bermohon dan bergantung harap...Ya Allah ya tuhan ku.

Berilah kami ilmu pengetahuan dan berkatilah hidup kami. Berilah petunjuk dan pandulah kami dalam menulis di blog ini agar segala yang di kongsikan dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna buat sesiapa sahaja yang membacanya. Jauhkankan kami dari perkara-perkara mungkar dan penipuan yang ingin menyesatkan di dunia maya ini.

Semoga kami beroleh kejayaan dan keberkatan hasil dari usaha kami dalam penulisan di blog dan media sosial yang lain.  Peliharalah kami dari sifat sombong, ego dan bongkak.  Semoga ikatan silaturrahim yang kami jalinkan sesama blogger dan pembaca akan kekal berkekalan dan mendapat rahmat darimu...Ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami Yang Maha Agung...Kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Peliharalah kami dari azab api neraka. Dan...Ya Allah, kau limpahkanlah rahmat keatas junjungan nabi kami, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanyalah untukmu, Allah SWT, tuhan sekelian alam. Amiin... ya rabbal alamin...

Terima kasih kerana sudi berdoa bersama saya... Kini jamulah santapan ini buat pandangan mata anda. Bulan Ramadhan nanti dah tak boleh nak publish gambar-gambar makanan.... nanti terliur pulak. Selamat menjamu selera mata anda...

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

majlis jamuan

Sebelum anda bergerak meninggalkan blog ini... Saya kongsikan pantun istimewa hasil nukilan rakan saya El-Ilmi, semoga anda terhibur dan ambillah iktibar darinya.

pantun ramadhan

Terima kasih kerana sudi datang ke Majlis di Relaks Minda... Salam Ramadhan =)

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar