Assalamualaikum... Selamat menjalani ibadah puasa dan melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat juga menikmati hujung minggu bersama insan-insan tersayang. Semoga kita semua terus di beri kekuatan dan kesihatan untuk terus merebut ganjaran berganda yang hanya hadir setahun sekali ini.
Alhamdulillah... dapat juga diberi kesempatan untuk berblogging. Syukur juga kerana kesudian anda, tetamu Relaks Minda yang saya hormati dan kasihi dapat meluangkan masa singgah seketika disini. Terima kasih.
Sambil anda merehatkan minda untuk menikmati santapan mata di sini... Nikmati juga sedikit pengisian rohani buat pedoman untuk kita bersama.
Anda pernah atau biasa mendengar perkataan Istiqamah. Mengikut syarak, Istiqamah bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang pada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.
Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mencapai Istiqamah dengan jayanya. Istiqamah boleh kita capai dengan menjaga sepuluh perkara berikut :
1. Menjaga lisan dari membicarakan fitnah dan aib orang lain
2. Menjaga hati dari prasangka buruk
3. Menjauhi diri dari menghina orang lain
4. Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram
5. Berkata benar dalam setiap tindakan
6. Bersedekah sebahagian harta pada jalan Allah
7. Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja
8. Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan untuk diri sendiri
9. Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
10. Teguh pendirian terhadap Al-Quran dan Sunnah
Insyaallah...Semoga persinggahan seketika anda di sini dapat memberi kenikmatan santapan buat mata dan hati bersama pengisian rohani dan semoga juga kita semua dapat beristiqamah dan dapat melakukan amal ibadat dengan lebih yakin, khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT.
Terima kasih bersama Relaks Minda dan Jom Istiqamah!
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar