Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada bahagian kedua entri Floria 2013 di Putrajaya ini, anda saksikan pula pameran yang diadakan di dalam pavilion pula. Sebenarnya ini adalah lokasi pertama kerana disaat kami sampai mentari masih terik, elok jalan-jalan dalam ni...sejuk! ada aircond, hehe.
Pameran di dalam pavilion ini lebih kepada gubahan kreatif untuk hiasan dan pameran. Sebaik melangkah masuk...nah! terowong dengan juraian bunga menanti kami. Kebetulan pula makcik bertopi tu tengah beraksi waktu saya snap...glamer lah masuk blog!
Lihat catitan 1 di sini : Eksplorasi #20 - Putrajaya Floria 2013 (catitan 1)
Ruang pavilion utama Floria 2013 yang luas memberi sedikit keselesaan. Mujurlah juga pengunjung tidak begitu ramai. Selesa untuk bergerak dan mengambil gambar. Yang lebih penting dapatlah menyejukkan badan sementara menunggu mentari petang kurang sikit panasnya.
Yang paling menjadi tarikan pastinya gubahan di tengah-tengah ruang yang bertemakan hidupan di dalam dan dasar lautan. Semuanya di gubah dari bunga. Sungguh rajinlah pereka ni menyusun bunga-bunga tu satu persatu...memang menguji kesabaran untuk menghasilkan hasil yang terbaik ini.
Tidak kurang juga gubahan menarik dan unik berbentuk haiwan yang juga menjadi tarikan terutama pada kanak-kanak....tapi orang dewasa pun teruja juga! Untuk pengetahuan anda, kepala panda tu boleh bergerak-gerak!
Pavilion kedua di Floria 2013 ini pula lebih kepada pameran gubahan bunga-bungaan dan pepohon sebagai hasil seni yang menarik. Ianya karya dari kreativiti pelajar-pelajar sekolah di sekitar Putrajaya. Setiap karya juga di pertandingkan.
Kreatif juga budak-budak ni menghasilkan hasil seni gubahan dari bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Ada yang di jadikan karya seni di dinding, ada yang di gubah dan ada yang berbentuk dunia mini yang fantasi. Tinggi daya imaginasi mereka ni.
Kini hari sudah hampir senja. Mentari mulai rapat ke ufuk Barat. Suasana menjadi semakin kelam. Anda lihatlah gambar mentari senja di Putrajaya buat santapan mata....memberi ketenangan yang sungguh mendamaikan. Suasana yang tadinya cerah dan ceria kini semakin kelam dan suram.
Ada lagi kisah di Floria 2013 ini di waktu malam. Suasana menjadi bertambah ceria dan bercahaya di maktu malam. Pengunjung juga bertambah ramai di kala malam hari.
Saya akan ceritakan di entri seterusnya nanti...Magic of The Night di Putrajaya!
Terima kasih bersama Relaks Minda >_<
Tidak ada komentar:
Posting Komentar