Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera. Cukuplah dengan dua entri yang cukup tidak merelakskan minda tapi diharapkan ianya membuka minda. Terima kasih di atas pendapat dan pandangan anda semua. Tiada yang salah dan tiada yang betul dalam mengutarakan pendapat. Semuanya amat saya hormati dan hargai.
Tinggalkan seketika persolan-persoalan yang tidak terjawab itu, kerana ada lagi persoalan yang lebih penting untuk kita fikirkan dan perlu untuk dicari kepastian jawapannya.
Sesudah subuh bermulanya hari. Perlahan-lahan mentari mulai terbit dari ufuk Timur menyinari bumi yang tadinya gelap gelita. Suasana dingin pagi yang mendamaikan. Suasana yang sunyi beransur-ansur di cemari dengan suara burung-burung berkicauan yang keluar dari sarang. Pelbagai suara dan bunyi lain juga mula kedengaran memecah kesunyian menandakan aktiviti yang semalaman terhenti kini mula bergerak kembali.
Di kala ini bebunga mulai mekar bersama titisan embun yang jernih. Kehijauan alam kian terserlah. Hembusan bayu dingin bagaikan menyapa dengan lembut membawa kesegaran dan kenikmatan. Langit yang gelap mula bertukar ke warna jingga kekuningan dan semakin lama semakin pudar di telan terikan mentari.
Suasana yang hanya seketika namun sungguh mengasyikan dan menyegarkan. Memberi ketenangan untuk kita bersedia menghadapi hari siang yang panjang.
Walaupun Jepun di kenali sebagai negara matahari terbit, namun negara yang paling timur mengikut persempadanan masa adalah negara Republik Kiribiti. Ianya sebuah negara kepulauan di lautan Pasifik. Ini bermakna ianya dikira sebagai negara pertama menerima cahaya matahari atau terbitnya mentari di dunia ini.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah hukum alam ini. Matahari juga tidak kekal selamanya menyinari bumi. Ianya akan perlahan-lahan tenggelam di telan ufuk Barat. Semakin ia mendekati ufuk barat, suasana alam perlahan-lahan bertukar suasananya menjadi kuning kemerah-merahan.
Alam yang tadinya cerah dan ceria, kini beransur-ansur kelam dan sunyi. Aktiviti yang tadinya begitu sibuk semakin berkurangan dan mula berhenti. Burung-burung mula kembali kesarang. Ketenangan dan kedamaian mula di rasai. Suasana seketika di kala senja yang semakin sayu bagaikan mengucapkan selamat tinggal buat mentari.
Sedikit demi sedikit cahaya menghilang di telan kegelapan dan akhirnya malam pun menjelang. Negara terakhir mentari terbenam adalah negara Amerika Syarikat di mana daratan terakhirnya yang mendapat cahaya matahari adalah di Point Udall di Daerah Guam. Ini semua di kira hanyalah mengikut sempadan masa yang memisahkan tarikh dan masa, iaitu perkiraan lengkapnya satu pusingan bumi.
Begitulah aturan hariannya. Mentari akan terbit di ufuk timur dan terbenam di ufuk barat. Aturan yang tiada siapa pun yang mampu mengubah dan menghalangnya. Bumi, matahari dan bulan akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa jemu dan sangsi.
Inilah tanda kekuasaan yang Maha Agung. Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa, hanya Allah SWT yang satu. Hanya Dia yang mampu mengadakan semua ini dan hanya Dia yang mampu menghentikanya. Setiap yang ada di langit dan bumi hanyalah hambaNya yang menurut segala perintahNya. Kita...umat manusia tidak terkecuali. Apabila sampai masanya segalanya akan musnah. Hanya kita... ciptaannya yang paling mulia akan di hidupkan kembali untuk hidup kekal abadi.
Hari Akhirat itu benar, Syurga dan Neraka itu benar. Itulah matlamat kita hidup di dunia yang sementara ini. Mencari bekalan sebanyak mungkin buat timbangan di hari akhirat kelak.
Mentari terus ditempatnya, bumi terus berputar. Siang dan malam terus berlalu. Ianya tidak akan menunggu kita. Jangan kita menjadi insan yang rugi. Sampai ketika segalanya terhenti dan apabila terbitnya mentari di Ufuk Barat... Maka segalanya sudah terlambat....
Terima kasih bersama Relaks Minda. Semoga anda tenang menikmati keindahan alam di kala mentari terbit dan terbenam. Suasana seketika yang sebenarnya memberi satu peringatan dan keinsafan.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan amal ibadat tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Perubahan aktiviti harian juga pasti sudah semakin serasi. Namun yang pasti sebagai seorang blogger, kita tetap menjalankan rutin seperti biasa tapi mungkin ada yang mengurangkan sedikit aktivitinya.
Saya juga bermasalah dalam mencuri masa untuk menyediakan entri dan membalas komen anda serta membalas kunjungan. Jika ada yang masih belum dapat saya jejaki, ampun maaf di pinta...Insyaallah, masa yang terhad yang ada akan saya cuba juga jejaki blog anda. Sokongan dan kunjungan anda amat-amat saya hargai
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar