Assalamualaikum... salam sejahtera. Syukur Alhamdulilah... Saya tak menjangkakan entri berkaitan mengenali blogger ini... mendapat maklum balas yang sangat baik. Pelbagai andaian dan penilaian melalui komen-komen sangat menarik dan cukup mengujakan telah diberikan. Jutaan terima kasih dan amat saya hormati dan hargai di atas setiap pandangan, pendapat dan penilaian anda. Saya akan cuba balas setiap komen anda sebaik mungkin... Anda boleh lihatnya di SINI.
Berikutan dari entri tersebut timbul pula satu persoalan. Perlukah seorang blogger untuk memberikan sepenuhnya informasi tentang dirinya seumpama perkenalan yang nyata terlihat seperti dialam nyata?
Dalam mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini. Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai manusia yang berlainan rupa, bangsa dan agama. Yang biasa anda kenali dan temui setiap hari, ada yang jarang-jarang di temui dan ada yang baru pertama kali ditemui. Adakah anda mengenali mereka luar dan dalam?
Ada juga orang yang ditemui setiap hari. Bergaul bersama, menjadi teman sehidup semati. Sentiasa bersama di kala suka dan duka, susah dan senang, sehati dan sejiwa. Namun fahamilah bahawa ada kalanya masih juga anda tidak dapat menilai dirinya 100%. Ada juga sifat yang masih tersembunyi dan hanya diketahui oleh dirinya dan orang lain pula. Kenapa? Kenapa pula orang lain yang mengetahuinya? Bukankah anda.. orang yang paling rapat dan setia?
Jangan anda kecewa. Lihat pada diri sendiri...adakah anda juga 100% di kenali oleh orang lain? Adakah penilaian mereka terhadap anda juga semuanya tepat? Adakah anda juga jujur dan langsung tidak mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh mereka? Anda renungkanlah... Sesungguhnya kita ini insan yang lemah. Tiada yang 100% sempurna.
Inikan pula dengan orang yang di sekeliling anda, yang hanya anda temui dikala anda menjalankan tugas, aktiviti mahupun disekitar kediaman anda. Penilaian kita terhadap mereka pastinya mengikut apa yang kita lihat dan setakat apa yang kita ketahui. Oleh itu jangan terkejut jika mereka mempunyai sisi lain dari apa yang anda pernah ketahui.
Bagaimana pula dengan mereka yang pertama kali anda temui? Pastinya rupa dan penampilan adalah penilaian pertama anda terhadap mereka. Tapi penilaian anda pasti akan berubah apabila anda mula mengenali mereka. Oleh itu...selalulah bersangka baik di saat kali pertama bertemu walaupun penampilannya tidak seperti keperibadian sebenar. Berilah penilaian setelah anda mengenali mereka.
Di dunia nyata, sudah pasti kita dapat melihat dengan jelas orang di depan mata. Bagaimana pula dengan dunia maya di internet ini? Pelbagai media sosial menjadi bahan perhubungan sesama manusia. Kalau di blog...pasti ada pelbagai gaya dan rupa penampilan. Ada penulis yang menonjolkan diri dan ada yang misteri.
Uniknya disini...walaupun ada yang menunjukkan rupa, tapi benarkah itu orangnya? Ada yang bercerita kisah kehidupan dan pengalaman...tapi benarkah ia? Terlalu banyak yang menjadi persoalan dan ianya amat kabur. Tapi.. ada juga yang benar dan personaliti yang di kenali oleh ramai orang. Hanya yang benar-benar mengenali sahaja boleh mengesahkannya. Tapi anda tetap mesra untuk bertegur sapa dan hanya masa dan pergaulan yang berterusan akan menjadi penilaian anda.
Oleh kerana hubungan yang unik inilah sebenarnya yang menyebabkan media sosial ini mendapat sambutan. Anda lebih mudah meluahkan kata-kata, emosi, pendapat dan sebagainya tanpa ada batasan.
Sebenarnya juga hubungan tanpa jasad ini memberikan hubungan yang lebih mendalam kerana ianya adalah luahan dari hati, bukannya dari mulut. Maka tidak mustahil bila ada yang terperangkap dan mempercayai dengan apa yang di ceritakan dan pasti ada juga yang mengambil kesempatan dari luahan hati ini. Kita perlu ingat... "mata pena itu lebih tajam dari mata pedang"
Apa yang penting di sini adalah penilaian anda terhadap maklumat, ilmu, hiburan, pengalaman dan sebagainya yang anda dapat dari apa yang paparkan oleh penulis. Adakah ianya memberi faedah, sesuatu yang berguna atau pun anda dapat apa yang dicari. Interaksi anda merupakan soal jawab yang pasti akhirnya menjadi jalinan persabatan agar hubungan (kunjungan) ini akan berkekalan.
Apa pula tujuan anda sebagai penulis... Adakah untuk bacaan anda sendiri? Jika begitulah... lebih baik anda buat private diari tanpa perlu di baca oleh orang lain. Tentunya setiap apa yang anda tulis adalah untuk tatapan anda dan orang lain, maka penting bagi anda untuk menjaga adap dan tatasusila perhubungan sesama manusia. Oleh kerana orang tidak mengenali anda, itu tidak bermakna anda boleh membuat dan meluahkan mengikut sesuka hati anda.
Setelah melihat impak positif dan negatif hasil dari perkenalan dan penilaian anda terhadap seseorang, kini berbalik pada persoalan asal... Perlukah seseorang blogger itu memberi pengenalan dan memperlihatkan diri mereka? Tidak cukupkah dengan hubungan melalui entri dan soal jawab? Perlukah anda mengenali secara mendalam penulis sebagaimana anda ingin mengenali seseorang di dunia nyata?
Buat blogger pula, Adakah dengan identiti yang terlindung ini memberi anda lebih kebebasan? Adakah dengan berselindung, anda mampu memberi ilmu dan panduan kepada orang lain sedangkan anda sendiri kelihatan tidak ikhlas dan terbuka dalam memperlihatkan diri anda sendiri?
Banyak lagi persoalan-persoalan yang anda juga boleh huraikan.
Maaf... Jika entri ini tidak memberikan anda dengan sesuatu yang santai dan relaks. Hanya gambar-gambar itu di harapkan dapat mengurangkan isu berat yang saya utarakan. Tepuk dada tanyalah selera....berilah pendapat anda kerana tiada yang salah didalam mengutarakan pendapat... Terima kasih bersama saya... :)
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar