Jumat, 12 Juli 2013

Anda Kenal Blogger Ini?


Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Hari ini hari yang indah... Syukur kerana kita masih dapat menikmatinya... Alhamdulillah. Hari ini saya inginkan sesuatu dari anda.. para sahabat dan tetamu-tetamu Relaks Minda yang amat saya kasihi dan hargai...

Di dunia seorang blogger...selain dari menerbitkan entri, anda pasti akan terjerat dengan salah satu rutin seorang blogger iaitu blogwalking (BW). Menjengah ke blog-blog yang anda sudah setkan untuk anda lawati. Menghargai dan membalas kunjungan mereka yang sudi hadir dan meninggalkan komen berharga di blog anda.

Tanpa kita sedari ianya bagaikan membentuk satu komuniti yang menjalinkan satu ikatan tanpa perlu mengenali rupa dan jasad. Mengenali pelbagai rupa, penampilan, cerita, niche dan gaya penulisan blog umpama mengenali karektor empunya diri. Sedikit sebanyak ianya menyerlahkan perwatakan serta hati budi seseorang walaupun tanpa rupa, nama dan latar belakang yang jelas.


Bagaimana agaknya anda dapat menilai dan mengenali karektor seseorang blogger itu? dan apakah yang menjadi petunjuk utama anda sama ada ianya melalui penampilan blog, penulisan entri mahupun pun balasan komen serta komen di blog anda? Agaknyalah apa yang anda nilaikan, bayangkan, kenali dan fahami tentang karektor dan personaliti diri saya? 

Berilah komen secara jujur dan ikhlas... tidak kira sama ada positif atau negatif. Jangan risau...saya seorang yang berfikiran positif dan terbuka. Saya boleh menerima apa jua kritikan dan pendapat. Ianya penting juga untuk saya memperbaiki diri dan bermuhasabah agar saya tidak melampaui batas dan tatasusila sebagai seorang blogger terutama sebagai seorang muslimin. 

Anda boleh mohon jika anda tidak mahu komen anda disiarkan... tapi anda tidak dapatlah balasan komen dari saya nanti. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menikmati hujung minggu di samping insan-insan tersayang...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar