Assalamua'laikum... Bismillahirrahmanirrahim.
(SILALAH BACA... FIKIRKAN DAN LAKUKAN)
Alhamdulillah, kini kita bertemu pula di hari Jumaat pertama di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Syukur kehadrat Ilahi kerana kita di beri kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan rukun Islam ketiga ini dengan sempurna.
Apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan, sebenarnya kita menjadi lebih kuat sama ada rohani mahu pun jasmani. Kekuatan iman akan meningkat memberikan satu tenaga baru kepada minda dan jasad. Ketahuilah... sejarah telah membuktikannya! Banyak peperangan yang berlaku semasa Bulan Ramadhan dan sungguh menakjubkan apabila setiap peperangan ini di menangi oleh kaum muslimin tanpa perlu meninggalkan ibadat berpuasa ini.
Selain itu beberapa peristiwa penting dalam sejarah agama Islam juga berlaku di bulan Ramadhan. Saya kongsikan di bawah ini peristiwa peristiwa yang berlaku di Bulan Ramadhan yang saya dapat dari FB untuk pengetahuan kita bersama...
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Bulan Ramadhan |
Oleh itu jangan jadikan alasan berpuasa itu untuk kita bermalas-malas dan menjadi lemah. Kualiti dan produktiviti kerja menjadi kurang. Menjadi seorang yang pasif dan tiada upaya. Tunjukkan kekuatan kita sebagai umat muslimin agar kaum dan penganut agama lain merasa kagum dan malu dengan umat Islam. Jadikan puasa itu bukan satu halangan atau kekurangan tapi satu pemangkin untuk menjadikan kita lebih kuat dan berkebihan.
Biar mereka lihat dan rasai akan keagungan dan keistimewaan ibadah puasa ini. Kita sebenarnya mampu menjadikan ia sebagai satu tarikan buat mereka untuk mendekati dan ingin mengetahui lebih tentang kebenaran agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ini yang mungkin seterusnya memberikan hidayah untuk mereka mengenali agama Islam yang indah ini. Buktikan juga bahawa berpuasa itu satu kewajipan yang memberi kelebihan yang tiada tandingannya...
Kelebihan berpuasa kepada tubuh badan |
Hanya anda yang mampu melakukannya. Jangan tunjukkan kelemahan kerana dengan kelemahan itulah akan menjadikan kita ini pandang rendah dan hina. Dari kelemahan inilah terbukanya peluang untuk musuh-musuh Islam mengambil kesempatan menjahanamkan kita.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih kuat, rohani dan jasmani. Memperkukuhkan iman dengan memperbanyakkan amal dan ibadat. Membuktikan keistimewaan dan hikmah berpuasa yang tiada tolok tandingannya. Membawa diri ke satu aras baru dalam membentuk seorang umat muslimin dan muslimat yang sejati dan seterusnya bergerak menegakkan syiar Islam!
In Syaa Allah... Semoga kita mampu melakukannya. Lakukan dengan Yakin dan Ikhlas hanya kerana Allah SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar