Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjalani ibadah puasa buat umat mislimin dan muslimat. Di bulan yang mulia ini, selain memperbanyakkan amal, apa kata jika anda ada masa terluang bolehlah cuba aktiviti menarik ini. Kreativiti DIY (Do it yourself) ini mungkin ada yang menarik perhatian anda untuk anda lakukan.
Boleh juga di berikan kepada anak-anak anda untuk memenuhi aktiviti masa lapang di petang hari sementara menanti waktu berbuka. Maklumlah...aktiviti bersukan dan beriadah seperti biasa mungkin tidak sesuai dilakukan di bulan puasa ini.
Ianya bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti masa lapang tapi juga hasilnya menarik untuk menjadi hiasan mahupun mencantikkan ruang di rumah anda. Idea kreatif DIY ini untuk di kongsi bersama...
Bingkai gambar yang cantik ini tidak perlu di beli. Anda pun boleh buat sendiri.
Pelbagai saiz boleh anda buat mengikut kesesuaian gambar.
Kini kabinet dan meja hiasan anda tidak lagi kelihatan kosong.
Bagaimana pula dengan hiasan meja yang comel ini. Nampak mudah
dan tidak memerlukan belanja yang besar. DIY...anda buat sendiri ya!
Pasu bunga dari tin terpakai. Tentulah tidak menarik jika kosong saja,
hanya berbekalkan plaster simen dan batu, hasilnya sebuah pasu yang
anggun bergaya.
Cara mudah untuk mencantikkan pasu bunga anda.
Hasilnya pasti memikat!
Begitu juga dengan tin kosong untuk bekas peralatan stationary anda.
Kreativiti DIY yang mudah untuk mencantikkannya. Cubalah...
Cermin dirumah anda kosong tanpa bingkai? Cara mudah untuk menjadikannya
anggun bergaya. Sebuah papan, gam dan pecahan pinggan porcelin atau tile
terbuang mampu mengubahnya menjadi sebuah cermin yang pasti menawan
setiap mata yang memandang.
Dinding di rumah anda kosong tanpa sebarang perhiasan...Nah!
Kreativiti DIY yang mengajar anda untuk membuat sebuah hiasan
dinding yang sungguh anggun dan mempersonakan sekali.
Ini pula Kreativiti DIY yang mengajar anda cara mudah membuat reben
hiasan yang boleh anda tampal dimana sahaja yang anda perlukan.
Diatas pula, beberapa Kreativiti DIY yang menggunakan pakaian buruk dan
tidak di gunakan lagi untuk dijadikan bebola hiasan yang sangat cantik.
Aktiviti yang bukan sahaja memenuhi masa lapang anda tetapi juga dapat
mengitar semula pakaian tersebut kepada sesuatu yang berguna.
Ini pula bagi anda yang mahu menghias halaman dengan kepingan batu
pemijak yang sangat menarik. Dengan menggunakan kepingan pecahan
pinggan porcelin, batu dan kaca bersama simen, maka terhasillah
kepingan yang sangat unik dan menarik. Unik, tidak di jual dimana-mana...
Dibulan puasa ini, janganlah pula asyik nak membuta sahaja, walaupun tidur itu satu ibadah tapi jika berlebihan ianya menjadi makruh pula. Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Selain dari menambahkan amal ibadat...kreativiti DIY ini dapat memberi anda kepuasan dan hasilnya juga berguna untuk anda...mungkin untuk hiasan bagi mencantikkan rumah anda bagi menyambut kedatangan Syawal nanti.
Selamat menjalani ibadah puasa dan terima kasih kerana bersama Relaks Minda.
p/s : Masuk bulan puasa ni, sedikit sibuk...tak sempat membalas komen, tapi saya cuba balas kunjungan anda...Insyaallah. Terima kasih kerana sudi singgah disini dan meninggalkan komen...amat2 saya hargai.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar