Senin, 01 Juli 2013

Eksplorasi #20 - Putrajaya Floria 2013 (catitan 1)


putrajaya floria 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Anda sempat berkunjung ke Festival Bunga dan Taman atau Floria Putrajaya Fest 2013 yang berlangsung di Persisiran tasik Presint 2, Putrajaya minggu lepas? Apa yang menarik di Floria kali ini? Bagi anda yang tidak dapat berkunjung, eksplorasi kali ini memperlihatkan kepada anda Floria 2013 ini. 

Floria kali ini lebih memberi tumpuan kepada tanaman bunga orkid bertepatan dengan tema festival kali ini iaitu "Orkid - Khazanah Tropika" 

Floria 2013 yang berakhir semalam terganggu seketika dengan masalah jerebu yang melanda negara. Selalunya saya berkunjung di hari-hari awal festival, tapi kali ini hanya dapat berkunjung di hari terakhir festival...Saya dah malas nak pergi, maklumlah bila hari-hari terakhir ni, orang ramai dan pameran pun dah tak sesegar di awal festival. Setelah di pujuk oleh isteri.. pergi juga lah....

(klik gambar untuk besarkan...loading lambat sedikit kerana saiz gambar yang besar)

putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013

Tiba di Tapak Floria jam 5.00 petang. Mentari masih terik tapi kuranglah panas sikit. Di pintu utama lagi sudah kelihatan pelbagai rekabentuk hiasan dan gubahan yang direka begitu kreatif sekali. Tugu-tugu dari pokok bunga pelbagai bentuk menyambut kedatangan kami.

Entri kali ini hanya menyajikan pengembaraan kami di sekitar festival Floria. Kawasan pameran pertama adalah bahagian Taman Inovasi. Disini barangan kitar semula seperti botol plastik digunakan dalam menghias seni taman. Cukup menarik dan kreatif, sesuai kepada pencinta alam sekitar.

putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013

Bersebelahan Pavilion utama juga terdapat hiasan taman yang menarik. Rekabentuk lanskap berskala besar yang unik dan kreatif di pamerkan. 

putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013

Dari sekitar Pavilion, kami bergerak ke lokasi di sebelah kanan jalan utama. Disini tersergam sebuah gerbang yang menarik...untuk masuk ke Taman Di Raja.. Saya tak masuk pun kerana lebih tertarik di bahagian pameran pertandingan orkid. 

putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013

Pelbagai spesis orkid di pamerkan. Ada yang besar, ada yang kecil. Rupa bentuk yang berbeza-beza dan bermacam warna. Sungguh mengasyikkan melihat kecantikan bunga okid ciptaan Ilahi ini. Bentuk yang pelik-pelik pun ada.

orkid putrajaya floria 2013orkid putrajaya floria 2013 
orkid putrajaya floria 2013orkid putrajaya floria 2013 
orkid putrajaya floria 2013 
orkid putrajaya floria 2013orkid putrajaya floria 2013

Kami terus pula ke bahagian pameran laman kreatif hasil dari gubahan para pelajar universiti dan sekolah. Menarik juga hasil kreativiti mereka dalam menghasilkan lanskap laman yang unik, menarik dan mempersonakan. 

putrajaya floria 2013

Kebanyakan sekolah yang menyertai Floria 2013 ini pula adalah dari Putrajaya dan sekitarnya. Pelbagai konsep dan bahan di gunakan. Pening juga kepala juri nak memilih yang terbaik. Jika di lihat keseluruhannya...tidak banyak beza antara lanskap taman yang dihasilkan oleh pelajar sekolah dan universiti.

putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013 putrajaya floria 2013
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013

Pameran lanskap dan gubahan oleh agensi kerajaan antara yang menarik perhatian. Disini dapat di lihat kreativiti yang begitu menyerlah. Sungguh cantik dan unik gubahan yang dihasilkan. Penggunaan pelbagai tema dan bentuk menjadikan pameran di bahagian ini sungguh mengagumkan.

putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013 putrajaya floria 2013
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
  
putrajaya floria 2013

Pejalanan di teruskan dengan melihat pameran gubahan lanskap di sepanjang pesisir tasik. Disini...ruang yang luas memberikan lebih kreativiti untuk gubahan lanskap. Pelbagai bentuk dan rupa gubahan dan susunan pokok bunga dari pelbagai spesis tumbuhan di gubah dengan kreatif sekali. Binaan yang unik juga memberi impak yang mencantikkan bentuk lanskap yang di hasilkan.

putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013

Ditambah pula dengan lokasi di pesisir tasik yang menjadi latar yang sangat menarik. Replika juga merupakan tarikan unik yang menambah seri lanskap. Memang tidak di nafikan...bunga-bungaan segar cukup menawan ini menjadi santapan mata yang cukup sempurna untuk ketenangan minda.

putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013 
putrajaya floria 2013putrajaya floria 2013

Cuma kali ini kami tidak ke tapak gerai-gerai jualan. Disini anda boleh memborong pelbagai spesis bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok herba. Bukan itu sahaja..pelbagai cenderahati, pakaian, barang kraf, pameran, demonstrasi, baja dan racun dan macam-macam lagi terdapat disini. Itulah keistimewaan Putrajaya Floria 2013....Segala yang berkaitan, semuanya ada di sini.

putrajaya floria 2013

Terlalu panjang entri ini...saya berhenti dulu disini. Dibahagian kedua nanti saya akan perlihatkan pula eksplorasi di bahagian pameran di dalam pavilion di Putrajaya Floria 2013 ini... 


Terima kasih bersama  Relaks Minda :)

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar