Senin, 22 Juli 2013

Kisah Ramadhan dan Dunia Blog


Assalamualaikum... Alhamdulilah, sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Sudah hampir separuh perjalanan kita menuju kemenangan. Semoga kita dilanjutkan usia dan diberi kesihatan untuk menikmati Ramadhan yang mulia ini hingga ke hujungnya.

kisah ramadhan dan dunia blog

Ini adalah pertama kali saya merasai bulan Ramadhan sebagai seorang 'blogger'. Dari pemerhatian saya, terdapat beberapa perbezaan suasana dan entri di blog di bulan Ramadhan ini. Masa berblogging juga ada sedikit perubahan. Waktu puncak adalah di waktu tengahari dan tengah malam dan waktu entri di terbitkan pula sudah tidak mengira waktu.

Ini adalah rumusan saya dan ianya adalah pandangan peribadi berkaitan entri-entri di sepanjang bulan puasa ini.

1. Entri berkaitan Agama
Ramai yang mengambil peluang untuk merebut ganjaran amal jariah dengan menerbitkan entri sebegini. Memberi nasihat, ganjaran, pedoman, panduan, peringatan dan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah puasa dan amal ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan. 

2. Entri berkaitan Ramadhan.
Ini merupakan paling popular. Mengeluarkan entri berkaitan aktiviti yang sinonim dengan Bulan Ramadhan iaitu kisah puasa, berbuka, terawih, bersahur, rancangan tv, perubahan waktu bekerja dan lain-lain lagi. Menceritakan kisah kenangan dan pengalaman berbuka dan bersahur bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasi-lokasi menarik untuk berbuka terutama tawaran-tawaran istimewa buffet Ramadhan. Pengalaman dan situasi di bulan Ramdhan yang pelbagai ragam sama ada menarik, manis, lucu, sedih, pelik, unik dan sebagainya di kongsi bersama.

3. Entri berkaitan Makanan
Di kala ini, setiap kali anda blogwaking pasti ada sahaja blog menerbitkan entri berkaitan makanan. Masing-masing ingin berkongsi gambar juadah berbuka dan bersahur. Kadang kala pelik juga, lagi di larang...jangan meletakkan gambar makanan, makruh... lagi banyak pula entri berkaitan makanan dengan pelbagai gambar yang cukup menyelerakan.  (Pasti ada yang terasa...hehe, maaf ye) Biasalah... Ada juga yang menyelitkan pelbagai tips dan petua yang berguna. 

4. Entri berkaitan Bazar Ramadhan
Cerita kisah Bazar Ramadhan ini sudah tentunya hanya akan terlihat di Bulan Ramadhan. Berkongsi kisah akan suasana dan kemeriahan di tapak Bazar. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman membeli, harga, bahan jualan dan lokasinya.

5. Entri berkaitan  Segmen dan GA
Menariknya..dunia blogging ini tidak sunyi dari pelbagai segmen dan GA yang dianjurkan, cuma di bulan Ramadhan ianya lebih banyak kepada bertemakan Ramadhan dan Hari Raya.

6. Entri berkaitan Persediaan Hari Raya
Kisah-kisah persediaan Hari Raya seperti pergi ber'shopping', baju raya, kuih raya, resepi dan juga pulang beraya. Tidak kurang juga kisah mencari rezeki tambahan di bulan Ramadhan ini.

7. Entri berkaitan Berita Semasa
Berita-berita berkaitan Ramadhan juga menjadi pilihan untuk diterbitkan seperti suasana Ramadhan di luar negara. Kisah mercun, ditangkap tidak berpuasa dan pelbagai kisah yang terkait dengan Bulan Ramadhan pastinya menjadi pilihan.

Sudah tentu suasana blogging bagaikan dilanda demam Bulan Ramadhan. Entri-entri yang diterbitkan dan dikongsi pasti ada sahaja yang berkait dengan suasana di bulan ini. Setiap dari anda yang aktif berblogging, pasti ada paling kurang satu entri berkaitan salah satu dari 7 perkara di atas. Betul tak? 

Masuk sahaja hari puasa ke 20 dan keatas ...kisah-kisah Ramadhan akan mula beransur-ansur berkurangan. Pastinya kisah Raya akan mengambil alih kebanyakan entri di blog. Begitulah dunia blogging... Tidak banyak bezanya dengan dunia realiti. Meriah dan seiring dengan keadaan dan suasana semasa...


Nikmati lagu menarik ini buat hiburan anda di Bulan Ramadhan

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar