Assalamualaikum dan salam sejahtera... Teruskan eksplorasi anda bersama saya di Festival Putrajaya Floria 2013.
Sebelum ini saya hanya mendengar cerita tentang kehebatan dan keindahan Magic of the night sempena Putrajaya Floria ini, tapi kali ini saya ingin menyaksikannya sendiri keistimewaannya. Oleh itu buat pertama kalinya kami berada di sini hingga ke malam. Apa yang menarik? Apa yang hebat? Anda saksikan dan nilaikanlah sendiri..
Gambar edit dari Google |
Setelah puas menikmati segala benda yang di pamerkan, hinggalah maghrib menjelang tiba, mulalah sibuk nak mencari tempat sembahyang, tapi alangkah sedihnya pabila melihat.... beribu manusia berkunjung di tapak floria ini dan canggihnya Putrajaya tapi hanya sebuah kabin kecil di jadikan surau sementara. Ianya hanya mampu memuatkan 15 orang dalam satu-satu masa. Beratur panjanglah nak menunaikan solat maghrib, mujur saya cepat...maka tak perlulah beratur panjang.
Selesai solat, menjamu selera di kios segera...memang tak ada pilihan, sama seperti namanya....semua makanannya pun makanan segera. Makanlah burger. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba elektrik terpadam.
Lamalah juga...hampir setengah jam bergelap. Ada yang terpaksa makan suluh pakai lampu handphone. Teringat pada kabin surau tadi...kesian mereka yang menunaikan solat dalam gelap. Yang perempuan macam manalah agaknya.
Jam baru menunjukkan jam 8.00 malam, ada satu jam lagi untuk pertunjukan Magic of the night akan dilangsungkan. Jalan-jalan dululah...menarik rupanya melawat pameran floria di waktu malam. Lampu-lampu pelbagai rupa dan warna menerangi tapak festival dan pameran. Malang sungguh...bila saya 'on' kamera, bateri pula habis.. tak dapatlah ambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Bila 15 minit lagi sebelum pukul sembilan, orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke pentas penonton. Kami mengambil keputusan untuk duduk di pinggir tasik sahaja. Banyak disediakan pallet sebagai tempat duduk. Bagus juga...udah le tak bawak apa-apa alas untuk duduk, mujurlah penganjur prihatin.
Duduk berdua di tepi tasik dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh mendamaikan dan mengasyikkan...terasa seperti pasangan bercinta pula hehe...
Tepat jam 9.00 malam, acara Magic of the night pun bermula. Dimulakan dengan persembahan kebudayaan di pentas persembahan di sebelah pentas penonton. Malanglah sebab kami duduk jauh dari pentas persembahan, hanya nampak gerakan dengan mendengar irama muzik aje la... Nak ambil gambar, kamera pula bateri dah 'kong'.... Guna kamera handphone buruk Nokia aku je la.. Nak zoom langsung xnampak apa...huhu
Selesai persembahan, saat yang dinanti-nantikan pun tiba iaitu perarakan bot berhias. Inilah pertunjukan yang sebenarnya mengujakan sangat hendak ditengok pada persembahan Magic of the night... Sungguh mengujakan apabila satu persatu bot berhias melintas didepan kami. Penonton di pentas di beri kertas undian untuk mengundi bot pilihan... kami, pilih dalam hati aje la...
Anda saksilkan sendiri, bot-bot berhias yang menyinari tasik Presint 2, Putrajaya ini... Memang cantik live didepan mata. Maaf... gambar kurang bermutu kerana guna kamera handphone aje. Yang mana satu menjadi pilihan anda? (klik gambar untuk saiz sebenar)
Kementerian Pelancongan Malaysia - bot 1
Satu-satunya peserta luar negara dari Guangzhau, China
Negeri Perak
Negeri Johor
Perbadanan Putrajaya
Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Pahang
Negeri Perlis
Negeri Kedah
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
Negeri Terengganu
Kementerian Pelancongan Malaysia - bot 2
Tamat lintasan, kesemua bot berkumpul di hadapan pentas utama. Memang cantik, suasana tasik menjadi satu pemandangan yang sungguh luarbiasa. Bercahaya dengan bot-bot berhias yang menerangi tasik. Bayang-bayang di air memberi satu efek yang sungguh mengagumkan. Berlatarkan pula jambatan yang indah... terpaku seketika...Memang inilah Magic of the night!
Akhir sekali, acara penutup...apa lagi, tentulah pertunjukan bunga api! Memang menakjubkan suasana ketika itu. Dilangit bergema dengan letupan dan sinaran cahaya bunga api pelbagai rupa dan warna menyinari seluruh kawasan. Di bawahnya pula bot-bot berhias...pantulan cahaya di permukaan tasik memberikan satu pemandangan indah yang sungguh mempersonakan, persembahan hebat Magic of the night di Putrajaya Floria 2013 ini
Kecewa sungguh tak dapat nak tangkap gambar untuk tatapan anda, kamera handphone ku gagal menangkapnya...hanya satu ni je yang menjadi buat kenangan.
Sedang asyik menyaksikan suasana yang mengagumkan...mendongak dengan mulut yang ternganga, tiba-tiba! terasa ada benda jatuh dari langit! Butiran-butiran belerang hasil dari letupan bunga api jatuh berguguran...Apa lagi, masuk ke mulut le...terencat keasyikan seketika!
Lebih kurang lima minit pertunjukan bunga api...memang puas hati. Tamat pertunjukan bunga api maka berakhirlah malam Magic of the night. Dengan segera kami bergerak pulang...barulah saya perasan, ramainya orang. Memang bersesak-sesak untuk keluar dari tapak festival. Tepat jam 10.30 malam kami bergerak meninggalkan Putrajaya... Jika berkesempatan, jumpa lagi di Floria 2014 pula...
Terima kasih bersama Relaks Minda....dan bersama menikmati Putrajaya Floria 2013.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar