Rabu, 03 Juli 2013

Kesedihan Hingga ke Liang Lahat...


Kesedihan Hingga ke Liang Lahat
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dalam mengharungi kehidupan ini kita tidak dapat lari dari menghadapi kesedihan dan muram. Di saat kita di timpa malapetaka, bencana, kesusahan, kehilangan, musibah, kegagalan, kekecewaan dan banyak lagi yang membuatkan kita menjadi seorang yang pasif dan pendiam. 

Riak muka menjadi masam dan muram, tiada cahaya ceria terpancar diwajah. Dikala ini emosi anda tidak stabil dan akan mudah marah serta amat sensetif. Anda mula cuba untuk mengasingkan diri. 

Anda ingin meminta bantuan dan simpati tapi tidak dapat meluahkannya walaupun pada orang yang rapat dengan anda.

Anda mulalah termenung sendirian. Berfikir sesuatu untuk mencari jalan penyelesaian, mengingati saat-saat pahit manis, menyesali mahupun menginsafi. Sesekali anda akan mengharap agar ada teman di sebelah anda untuk mendengar segala rintihan anda. Namun apabila hadir sahaja seseorang, anda mula melarikan diri.

Tatkala ada yang ingin membantu anda mula rasa tidak selesa, ego atau malu. Anda lebih suka melayan perasaan sendirian. Kini anda mula kurang selera untuk makan mahupun tidur. Kesihatan anda mula terganggu. Anda cuba mengharap agar ada yang sudi membantu anda. Namun setiap kali ada yang menghampiri untuk menghulurkan bantuan...anda cuba mengelak dan menjauhkan diri.

Anda terus diam dan membisu...dan akhirnya anda jatuh sakit. Dikala ini anda amat mengharapkan bantuan tapi anda tetap dengan ego dan malu. Terus-terusan anda mengelakkan diri tatkala ada yang mahu membantu. Sanggup menderita dengan menganggap inilah balasan mahupun dugaan yang harus anda terima.

Terlalu lama anda menderita...sehingga anda tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Kesihatan anda semakin teruk dan akhirnya ajal pun tiba. Terkujurlah tubuh anda sendirian kaku tidak bernyawa. Sekali lagi anda benar-benar mengharapkan bantuan...bantuan untuk menguruskan jenazah anda. Bantuan tetap datang...tapi kali ini anda tidak akan mengelaknya lagi. Akhirnya anda terima dan memang mengharapkan bantuan ini...maka selamatlah jenazah anda di kebumikan.

Tinggallah anda sendirian di dalam liang lahat tanpa berteman.... Adakah ini bermakna segala kesedihan dan penderitaan yang anda alami sebelum ini sudah berakhir?

Jangan jadikan kesedihan itu satu pengakhiran bagi hidup anda... 
Ingatlah...hidup atau mati, anda tidak dapat lari dari bergantung dengan orang lain...


jangan sedih

Oleh itu jangan bersedih! Ceriakan hidup anda agar anda menjadi seorang yang positif dan kuat dalam mengharungi kehidupan ini. Jadikan punca kesedihan anda satu pedoman, pengalaman dan penginsafan untuk anda bangkit mencari kejayaan mahupun kebahagiaan dalam hidup.

Orang disekeliling anda masih ada dan amat menyayangi anda...kerana andalah juga pengubat kesedihan mereka. Dan yang lebih penting dan tidak pernah sesekali melupakan anda, hanya Dia yang satu...Allah SWT yang sentiasa di sisi anda setiap masa tidak kira susah dan senang. Mohonlah kepadanya...



Terima kasih bersama Relaks Minda...
Jangan bersedih lagi! Ceriakan hidup anda. Senyum sikit  :)
ceria pengubat duka
Bestnya relaks! Seksi You....Hahahaha!

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar